Monday, April 27, 2009

Bermulanya kabus Pagi

Bermulanya kabus pagi pada pertengahan tahun 2008 yang pada waktu itu hanya komeng seorang atau mohammad Rizal yang mencuba nasib meletakan hasil karya-karyanya sendiri untuk diberi dengar kepada remaja-remaja yang bergiat aktif dalam dunia internet yang semakin maju,setelah hampir 4 bulan myspace muzik yang diberi nama kabus pagi itu beroperasi secara senyap.Datang seorang lagi rakan yang mempunyai minat dan cita-cita yang sama iaitu ingin menubuhkan sebuah band,hasil perkenalan komeng dan memen atau saiful razman melalui myspace,mereka sepakat untuk berjumpa dan saling untuk lebih menggenali,2 hari selepas berjumpa berturut-turut itu,komeng dan memen mula pening untuk mencari bass dan gitaris untuk sama-sama meneruskan nama kabus pagi,Tapi syukur alhamdulillah komeng telah berjumpa dengan 2 orang lagi rakan yang mempunyai minat juga dalam bidang muzik iaitu chamb sebagai bass dan Aril sebagai Gitaris.Keesokan harinya bermulalah langkah kabus pagi sebagai sebuah band,Kini komeng Bertindak sebagai vokalis dan gitaris dalam band ini,aril sebagai gitaris 2,Chamb sebagai bass dan Memen sebagai Drummer.Seminggu selepas berjumpaan lengkap line up band ini,kami dengan sikap berani mati keluar untuk main Gig-Gig sekitar kuala Lumpur,Dengan hanya mempunyai lagu Galaksi Hitam,Mila,dan Wahai bidadari,Alhamdulillah sambut terhadap karya-karya hasil kami sendiri mula mendapat sambut dan menjadi buah mulut orang untuk menyanyi bersama sewaktu kami membuat persembahan,Dan kini kami dalam perancangan untuk siapkan Ep pertama dengan lagu-lagu seperti Galaksi hitam,wahai bidadari.mila dan lain-lain(rahsia)..heheh..tunggu......

No comments:

Post a Comment